Tempahan EMU Baru Selewat-Lewatnya Hujung Bulan Ini

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mahu tempahan 38 set unit Tren Elektrik Pelbagai Guna (EMU) yang baru untuk kegunaan perkhidmatan pengangkutan awam Komuter dapat dilakukan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Ia wajar disegerakan bagi mengatasi masalah 'rolling stocks' EMU sedia ada yang tidak mencukupi hingga mengakibatkan perkhidmatan Komuter tidak efisien serta lembab, katanya.

"Memang perkara ini di bawah pengurusan KTMB, jadi sekarang ini, kita masuk campur sedikit untuk memastikan EMU itu dapat kita terima secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan kerja-kerja menaik taraf Pangsapuri Pandan Terrace, di sini hari ini.

Ong berkata proses penerimaan unit-unit EMU itu selalunya memakan masa dan diterima secara berperingkat-peringkat dengan set pertama dijangka diperoleh pada akhir tahun depan.

Beliau berkata kesemua 38 set EMU baru itu akan mempunyai enam gerabak bagi menampung pengguna Komuter yang semakin meningkat.

Ong berkata aspek penyelenggaraan yang tidak dititikberatkan menyebabkan banyak EMU sedia ada rosak dan tidak dapat digunakan. Kita akan melihat balik semua set sedia ada untuk memastikan sama ada ia boleh diselenggara dan terus digunakan," katanya.

Pemangku Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat KTMB Mohd Fadzil Ismail ketika dihubungi Bernama berkata pembelian 38 set EMU baru adalah berasaskan tender terbuka.

"Senarai tender sedang dinilai oleh pihak pengurusan tertinggi dan kita belum tahu lagi kita akan beli dari syarikat dan negara mana," katanya.

KTMB kini mempunyai 58 unit EMU dengan antara 22 hingga 26 unit beroperasi manakala selebihnya sedang diselenggara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan