Penerbangan MAS Ke Eropah Hari Ini Dibatalkan

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke Eropah hari ini, 19 April dibatalkan berikutan keadaan cuaca buruk di benua itu.

Dalam kenyataan di sini semalam, penerbangan kebangsaan itu menyatakan bahawa pesawat yang terbabit ialah;

Dari Kuala Lumpur ke:

* London (MH4) dijadual berlepas 10.05 pagi

* London (MH2) dijadual berlepas 11.40 malam

* Amsterdam (MH16) dijadual berlepas 11.55 malam

* Paris (MH20) dijadual berlepas 11.35 malam

* Frankfurt (MH6) dijadual berlepas 11.50 malam

Ke Kuala Lumpur dari:

* London (MH3) dijadual berlepas 12 tengah hari

* London (MH1) dijadual berlepas 10 malam

* Amsterdam (MH17) dijadual berlepas 12 tengah hari

* Paris (MH21) dijadual berlepas 12 malam

* Frankfurt (MH5) dijadual berlepas 12.30 malam

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, penerbangan ke Rom, Itali diteruskan dan dijadual berlepas pada 11.45 malam semalam.

"Oleh kerana lapangan terbang di Rom masih lagi dibuka, MAS memberikan pilihan kepada penumpang yang terkandas untuk menukar destinasi asal mereka untuk terbang ke Rom, dan ini bergantung pada tempat duduk.

"Bagaimanapun, penumpang bertanggungjawab terhadap perjalanan seterusnya hingga ke destinasi terakhir," kata kenyataan itu.

Penumpang digesa memeriksa status penerbangan mereka sebelum ke lapangan terbang dengan melayari www.malaysiaairlines.com di bawah tab 'Book/Flight status' atau hubungi Pusat Panggilan MAS 1300-88-3000 (di Malaysia) dan 603-7843 3000 (di luar Malaysia).

Mereka yang menggunakan telefon mudah alih digalakkan mendaftarkan nombornya dengan MAS untuk menyenangkan pemberitahuan melalui SMS.

Kenyataan itu menyatakan bahawa penumpang yang menaiki pesawat terbabit itu akan diberikan tiga pilihan:

* bayaran balik sepenuhnya

* pertukaran tiket untuk penerbangan akan datang

* menempah semula tiket bagi penerbangan terawal yang boleh dinaiki, yang boleh dibuat di pejabat tiket atau tempahan MAS.

Penumpang transit boleh menuntut bahagian tiket untuk destiansi yang belum digunakan dari pejabat tiket MAS ketika pulang ke destinasi asal, menurut kenyataan itu.

Mereka boleh menukar tarikh perjalanan pada Khamis, 22 April dan tempoh perjalanan boleh ditangguhkan sehingga 31 Mei ini. Tuntutan bayaran balik boleh juga dibuat pada Khamis, 22 April.

MAS juga menyatakan bahawa keadaan di lapangan terbang Eropah dipantau dan penerbangan itu berhubung rapat dengan pihak berkuasa di kawasan terbabit.

"Sebaik sahaja lapangan terbang itu dibuka semula, jadual penerbangan akan beroperasi seperti biasa," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan