Kontrak Bernilai Lebih RM10.4 Bilion Dimeterai Pada DSA 2010

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memeterai perjanjian kontrak bernilai lebih RM10.4 bilion dengan syarikat tempatan dan asing sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) yang bermula di sini hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kementeriannya sedang menerokai kemungkinan membeli kenderaan berperisai, kapal sokongan pelbagai guna dan pesawat tempur, kapal peronda generasi baru (NGPV), kapal pengiring pantas dan operasi pemusatan rangkaian maklumat (NCO).

"Ini adalah antara sistem peralatan yang kami cadang dan akan diumumkan semasa DSA," katanya ketika merasmikan sebuah majlis DSA 2010 di sini malam tadi.

Katanya kontrak tersebut juga membabitkan beberapa agensi dan kementerian yang tahu mengenai peralatan teknoloji canggih itu.

Lebih 200 pelawat berprofil tinggi termasuk menteri pertahanan, pegawai tertinggi angkatan tentera, perancang dan pakar pemeroleh dijangka menghadiri DSA ke-12 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pameran itu telah menarik penyertaan 22 negara termasuk Australia, Turki, Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali, Perancis, Afrika Selatan, Poland, Switzerland, Korea Selatan, China dan Singapura.

Pameran empat hari itu akan mempamerkan peralatan canggih menyeluruh bagi kegunaan tentera, tentera laut, tentera udara serta agensi penguatkuasaan keselamatan dalam negeri.

Antara syarikat pertahanan dan keselamatan global yang menyertai DSA kali ini ialah Glock, Samsung Glock, Samsung Techwin, Nadi Defence, SME Ordnance, System Consultancy Services (SCS), MFDM Group, AMP Corporation, DEFTECH, Composite Technology Research Malaysia, Tri Level Miltech dan Bry Air Industries.

DSA merupakan pameran keselamatan terbesar Asia dan antara lima pameran pertahanan paling berprestij di dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan