Ketua Dan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Shah Alam Umum Keluar Parti

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam Nor'isham Manap dan timbalannya Muhamad Ali Mukhtar semalam mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta.

Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.

Nor'isham berkata mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kami sertai sejak 1999, katanya.

"Kami yakin pemilihan beliau bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau.

"Justeru, Zaid dipilih oleh Anwar hanya untuk menjaga kepentingan Anwar dan bukan kepentingan rakyat. Tidak masuk akal seorang yang asing, bukan anak tempatan dan elit boleh menjadi wakil rakyat yang berkesan di kawasan Hulu Selangor," katanya dalam sidang media khas yang turut dihadiri bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Nor dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Shah Alam Azahari Shaari di sini semalam.

Nor'isham berkata mereka mewakili ramai anak muda di dalam Angkatan Muda yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan keputusan dan sikap Anwar, namun masih ramai yang belum ada keberanian untuk membuat keputusan keluar dari parti.

Beliau menyeru pemimpin dan anggota PKR yang kecewa dengan pemilihan Zaid dan kepimpinan PKR supaya mengikut langkah mereka untuk keluar PKR. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan