Kerajaan Kelantan Bawa Kes Royalti Minyak Ke Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan membawa kes tuntutan royalti minyak daripada Kerajaan Pusat ke mahkamah sebagai jalan terakhir selepas gagal berunding dengan Petronas.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata langkah itu diambil sebagai memenuhi resolusi yang diputuskan oleh kerajaan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas.

Beliau berkata pada persidangan itu, semua anggota dewan bersetuju supaya tuntutan royalti minyak yang diperoleh di perairan negeri ini dibuat secara rundingan dengan Petronas dan jika gagal, barulah tindakan mahkamah diambil.

Pesuruhjaya PAS II Kelantan itu berkata kerajaan negeri berusaha untuk berunding dengan Petronas dan sudahpun menghantar surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas yang baru, Datuk Shamsul Azhar Abbas untuk tujuan itu tetapi tiada jawapan.

"Atas dasar itulah, kita akan tetap mengemukakan tuntutan royalti minyak kerajaan negeri ke mahkamah.

"Bagaimanapun, bila dan bentuk tindakan itu bergantung kepada keadaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kedai dan pejabat Bandar Baharu Tunjung, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, kerajaan Pusat membuat keputusan tidak akan membayar tuntutan royalti minyak kepada Kelantan sebaliknya diberi dalam bentuk wang ihsan.

Mengenai kenyataan bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak sanggup menjadi orang tengah dalam rundingan tuntutan itu, Husam berkata beliau akur dengan keputusan pemimpin veteran Umno itu.

Keengganan Tengku Razaleigh menjadi orang tengah ada kewajarannya kerana ia akan menjejaskan kreadibilitinya sebagai saksi penting kerajaan apabila kes itu dibawa ke mahkamah, katanya.

Husam berkata kerajaan negeri menyerahkan kepercayaan kepada Tengku Razaleigh untuk berunding kerana menghormatinya sebagai bekas Pengerusi Petronas dan penggubal Akta Petroleum 1974 yang memberi hak kepada negeri mendapat royalti ke atas kerja-kerja cari gali minyak di kawasan perairannya.

"Bagaimanapun, kita akur dan memahami dengan keputusan Tengku Razaleigh itu, dan tidak akan membuat tawaran semula untuk menjadi orang tengah dalam rundingan dengan Petronas," katanya.

Minggu lepas Tengku Razaleigh menjelaskan beliau tidak bersedia untuk menerima tawaran kerajaan negeri untuk menjadi orang tengah, sebaliknya hanya bersedia menjadi pemantau wang ihsan yang diberikan Kerajaan Pusat bagi memastikan tidak disalahgunakan oleh kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan