Jenayah Keganasan Seks Meningkat Hampir 50 Peratus Dalam Lima Tahun

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah kes jenayah keganasan seks, termasuk liwat dan sumbang mahram yang dilaporkan meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh lima tahun bermula 2005.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pada tahun lepas sejumlah 4,238 kes jenayah keganasan seks termasuk rogol, liwat dan sumbang mahram dilaporkan berbanding 2,427 kes yang dicatat pada 2005.

Pada 2006 pula, sejumlah 2,943 kes jenayah berkenaan dilaporkan diikuti 3,689 (2007) dan 3,986 (2008), katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) mengenai pecahan bilangan laporan polis berkenaan kes jenayah yang berkaitan dengan jenayah seks sejak 2005 hingga 2009.

Hishammuddin berkata berdasarkan statistik jumlah tangkapan bagi kes keganasan seks bagi tempoh yang sama ialah 1,504 pada 2005, 1,837 (2006), 2,649 (2007), 2,656 (2008) dan 2,701 (2009).

"Manakala statistik pesalah yang telah didakwa di mahkamah menunjukkan seramai 308 pesalah telah didakwa pada 2005, 410 (2006), 304 (2007), 228 (2008) dan 187 (2009)," katanya.

Menjawab soalan Kok mengenai langkah yang diambil kementerian untuk menangani masalah kematian dalam penjara dan pusat tahanan pendatang tanpa izin, Hishammuddin berkata kementerian antara lain menyediakan perkhidmatan doktor panel di seluruh institusi penjara bagi tujuan memeriksan dan merawat penghuni.

"Penghuni dan tahanan depot juga diwajib menjalani pemeriksaan kesihatan semasa kemasukan," katanya.

Beliau berkata kementerian turut menyediakan prosedur mempercepatkan rawatan kesihatan di hospital luar penjara, menyediakan kemudahan 'sick-bay' serta meningkatkan kemudahan ubatan dan peralatan untuk klinik dalam penjara.

"Kementerian juga mengadakan kerjasama di antara Jabatan Imigresen dan Kementerian Kesihatan bagi pengisian jawatan Pembantu Perubatan Gred U29 di setiap Depot Tahanan Imigresen," katanya.

Anggota penjara turut dilatih sebagai 'medical-orderly' untuk mengawal pemberian ubat dan menyelia keperluan rawatan lawatan penghuni selain menyediakan kemudahan Sistem Maklumat HIV (SIMHIV) di Jabatan Penjara untuk kemudahan penghuni penghidap HIV. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan