Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Akan Dikaji Semula

Diterbitkan: Ahad, 18 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) sedang dikaji semula untuk memastikan kualiti bangunan dan mutu keselamatannya lebih baik.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kajian semula itu termasuk struktur, pembinaan dan keperluan bomba dalam memastikan bangunan yang diserahkan mempunyai kualiti yang lebih baik.

"Peraturan pengawasan sendiri akan diaplikasikan sebanyak mungkin kerana jurutera merupakan orang yang mengemukakan dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam penyerahan bangunan," katanya pada Majlis Makan Malam dan Penganugerahan Tahunan Institut Jurutera Malaysia (IEM) di sini malam tadi.

Beliau berkata, kementerian itu juga menggalakkan penggerak pembinaan Malaysia menggunakan Sistem Bangunan Perindustrian (IBS) untuk mereka dan membina bangunan sebagai sebahagian daripada inisiatif Teknologi Hijau.

"Sehubungan itu, pereka bangunan seperti arkitek dan jurutera digesa menggunakan Penyelarasan Modular (MC) dalam semua kaedah pembinaan untuk memudah dan mempercepatkan penggunaaan IBS. Kong berkata, dengan menggunakan MC, manfaatnya bukan hanya untuk menjimatkan penggunaan tenaga kerja di tapak pembinaan tetapi juga menyediakan kualiti produk yang lebih baik.

Untuk negara, ia bermakna kurang kebergantungan kepada pekerja asing kerana pekerja di tapak boleh dikurangkan jika menggunakan IBS.

Beliau juga menggesa para jurutera agar peka dengan perubahan teknologi bagi memenuhi cabaran pada masa akan datang.

"Teknologi muncul dengan kadar yang pantas dan kita perlu bersedia untuk terus mempelajari, menyesuaikan dan mengemaskini bagi memperoleh kecemerlangan," tambahnya.

Sementara itu, Presiden IEM, Prof Datuk Dr Ir Chuah Hean Teik dalam ucapannya berkata, IEM akan terus memberikan nasihat dan khidmat kejuruteraan dan teknikal kepada agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan