Muhyiddin Lakukan Lawatan Dua Hari Ke Sarawak Mulai Esok

Diterbitkan: Ahad, 18 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan dua hari ke Sarawak mulai esok dengan jadual lawatan dimulai dengan menghadiri majlis mesra pemimpin bersama rakyat di Pulau Bruit, Daro di bahagian Mukah.

Beliau yang akan menaiki helikopter ke SK Tekajong untuk majlis berkenaan, kemudiannya dijadual membuat tinjauan mesra dan lawatan ke tapak pembentungan banjir di Kampung Nanga, Sibu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin akan turut menghadiri majlis makan malam bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di sebuah hotel di Sibu.

Pada Selasa, beliau dijadual melawat SK Landeh di Kampung Landeh dekat sini dan seterusnya merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya di sini.

Pada sebelah petang, beliau akan berlepas ke Kampung Beladin, Pusa di Saribas dengan menaiki helikopter untuk menghadiri majlis mesra pemimpin bersama rakyat dan juga melancarkan karnival "Jom Berambih" di situ sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan