MAS Batal Penrbangan Ke Eropah Hari ini

Diterbitkan: Ahad, 18 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) membatalkan penerbangan ke Eropah pada hari ini berikutan keadaan cuaca akibat letusan gunung berapi di Iceland.

MAS dalam satu kenyataan semalam memaklumkan penerbangan yang terjejas adalah:

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke:

. London (MH4) dijadualkan berlepas 10.05 pagi . London (MH2) dijadualkan berlepas 11.40 malam . Amsterdam (MH16) dijadualkan berlepas 11.55 malam . Paris (MH20) dijadualkan berlepas 11.35 malam . Frankfurt (MH6) dijadualkan berlepas 11.50 malam

Penerbangan ke Kuala Lumpur dari: . London (MH3) dijadualkan berlepas 12.00 tengahari . London (MH1) dijadualkan berlepas 10.00 malam . Amsterdam (MH21) dijadualkan berlepas 12.00 tengahari . Paris (MH21) dijadualkan berlepas 12.00 tengahari . Frankfurt (MH5) dijadualkan berlepas 12.30 malam

Pengarah Operasi MAS Kapten Azharuddin Osman berkata, MAS kini memantau ruang udara Eropah dan sentiasa berhubung bagi mendapatkan maklumat terkini dengan pihak berkuasa di negara terbabit.

"Sebaik lapangan terbang itu dibuka, kita akan menjadualkan semula penerbangan," katanya.

Beliau berharap penumpang memeriksa terlebih dahulu status penerbangan sebelum pergi ke lapangan terbang dan menambah MAS kini turut memaklumkan pelanggannya yang mendaftarkan nombor telefon mereka mengenai pembatalan penerbangan tersebut selain pilihan perjalanan kepada mereka.

Azharuddin berkata, penumpang yang penerbangannya terjejas diberi tiga pilihan iaitu wang mereka akan dikembalikan sepenuhnya, menukar tiket untuk penerbangan pada masa akan datang atau membuat tempahan untuk penerbangan sedia ada berikutnya dan menambah semua pilihan itu boleh dibuat melalui kaunter tiket MAS atau di pejabat tempahan.

"Penumpang transit boleh menuntut bahagian penerbangan yang tidak digunakan di pejabat jualan tiket MAS sebaik tiba di destinasi asal," katanya.

Penumpang boleh mengubah tarikh penerbangan sebelum 22 April 2010 dan jadual penerbangan itu boleh ditangguhkan sehingga 31 Mei 2010.

Tuntutan bagi bayaran balik harus dibuat sebelum 22 April ini. Beliau berkata MAS juga melihat kemungkinan mengadakan penerbangan tambahan bagi memastikan pelanggannya berupaya menyambung semula perjalanan mereka secepat mungkin.

Keadaan itu sedang dipantau dan status mengenai penerbangan pada masa depan akan dikemaskini setiap hari, katanya.

Para pelanggan yang menempah penerbangan terbabit dinasihatkan untuk meneliti perkembangan terbaru melalui www.malaysiaairlines.com di bawah tajuk 'Tempahan/Status Penerbangan'. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan