Bekas Timbalan Ketua Menteri Selesai Pinjaman Kenderaan Dengan Kerajaan P.Pinang

Diterbitkan: Ahad, 18 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah Mercedez Benz dengan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman berkata, Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lepas bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.

"Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.

Katanya, notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.

Semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.

Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan