Bank Rakyat Kota Kinabalu Beroperasi Di Bangunan Baru 10 Mei Depan

Diterbitkan: Ahad, 18 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bank Rakyat cawangan Kota Kinabalu dijangka beroperasi di bangunan baru di Jalan Sembulan di sini mulai 10 Mei depan.

Ketua Bank Rakyat Wilayah Sabah Latif Seeni berkata bank cawangan itu akan berpindah dari Wisma Gek Poh, Jalan Haji Saman ke Bangunan Harbour View, Jalan Sembulan.

Menurutnya, perpindahan ke lokasi baru yang melibatkan 49 kakitangannya adalah bagi memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan ketika berurusan di cawangan Kota Kinabalu.

"Dari semasa ke semasa, kita sentiasa mengkaji keperluan pelanggan untuk memenuhi kehendak mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Utama Kempen Langgan dan Menang Pembiayaan Peribadi-I 1Aslah 2010 di sini hari ini.

Beliau juga berkata Bank Rakyat bercadang untuk membuka dua lagi cawangan baru di Sabah bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah.

Katanya, Sabah kini mempunyai lebih 18,000 pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan perbankan di 10 cawangan seluruh negeri, termasuk Labuan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan