Waspada Sindiket Tipu Kemasukan Ke UiTM

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menegaskan bahawa universiti itu tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen untuk menguruskan pengambilan pelajar ke universiti itu.

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, orang ramai yang menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung dengan tawaran kemasukan ke UiTM dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan sindiket berkenaan dan segera melaporkan kepada Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) atau polis.

"Sejak 10 April lalu kami melalui BPP telah menerima aduan daripada orang awam mengenai pihak yang menghubungi pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menawarkan khidmat bagi menguruskan kemasukan mereka ke UiTM dengan mengenakan sejumlah bayaran yang ditetapkan.

"UiTM tidak pernah lantik mana-mana pihak dan semua urusan kemasukan dibuat secara telus, melalui prosedur yang ditetapkan di bawah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.

Pada 14 April lalu, satu laporan polis telah dibuat melalui Ketua Bahagian BPP, Mazlan Salleh berhubung sindiket penipuan yang menggunakan nama universiti itu untuk mengaut keuntungan.

Sahol berkata, laporan polis itu dibuat hasil daripada maklumat orang ramai kepada BPP yang mengadu tentang kewujudan sindiket tersebut.

Menurutnya, sindiket berkenaan yang didalangi oleh tiga wanita dan seorang lelaki yang juga ketua sindiket tersebut telah meminta bayaran sebanyak RM2,160 hingga RM2,700 untuk urusan kemasukan ke pusat pengajian tinggi berkenaan.

Tambahnya lagi, suspek dipercayai berpangkalan di Seremban dengan menggunakan nama East West College telah berjaya memperdayakan 10 mangsa dan berjanji akan menempatkan mereka di UiTM cawangan Seksyen 17, Shah Alam dan UiTM cawangan Melaka.

Bagaimanapun hasil aduan orang ramai, UiTM berjaya mengumpul maklumat mengenai ahli sindiket itu seperti nama, nombor telefon dan alamat pejabat mereka, tambah beliau.

"Sindiket tersebut turut mengarahkan semua 10 orang mangsa supaya mendaftarkan diri ke UiTM pada 22 April ini wahal kemasukan pelajar baru UiTM hanya akan bermula pada Mei ini.

"Mereka sangat licik dan pandai memperdayakan orang ramai. Pegawai kami telah menyamar sebagai ibu bapa yang berminat dan ternyata mereka telah mendalami semua maklumat mengenai UiTM.

"Jawapan yang diberikan cukup meyakinkan dan tidak hairan jika ada mangsa yang terpedaya dengan helah mereka," katanya.

Dalam pada itu, Sahol berkata, belum dalam sejarah universiti itu mengenakan caj yuran pengajian peringkat Diploma dan Ijazah kepada pelajar sehingga mencecah RM2,700.

"UiTM adalah universiti yang paling murah yurannya. Kita ingin mengurangkan beban pelajar dan bukannya ingin menambahkan beban pelajar dengan yuran yang mahal," ujarnya.

Sementara itu, menurut seorang suri rumah yang hampir terpedaya dengan penipuan itu berkata, anaknya telah menerima SMS daripada seorang wanita bernama Rina yang mendakwa boleh mendapatkan tempat untuk anaknya di UiTM dengan bayaran sebanyak RM2,700.

Jika bersetuju, beliau dikehendaki berjumpa dengannya di Melaka pada 11 April lalu.

Namun atas dasar ragu-ragu terhadap tawaran tersebut, beliau telah menghubungi pihak BPP untuk mendapatkan pengesahan dan bernasib baik kerana tidak ditipu oleh wanita berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan