Undi Daripada Semua Kaum Adalah Penentu Kemenangan BN

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Undi daripada semua kaum adalah penentu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini, kata naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Katanya, beliau tidak mahu menyatakan sama ada undi daripada mana-mana kaum adalah lebih penting atau sebaliknya dalam menentukan kemenangan BN pada pilihan raya kecil ini.

"Semua pengundi, Melayu, Cina dan Dayak akan menjadi penentu (kemenangan BN) dalam pilihan raya kecil Sibu," katanya selepas melawat fasa kedua projek tebatan banjir Sungai Padungan bernilai RM18.4 juta di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew yang mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada 9 April lepas kerana barah. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) telah menetapkan 8 Mei adalah hari penamaan calon dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 16 Mei.

Uggah, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Indeks Pencapaian Utama (KPI) dan Model Ekonomi Baru (NEM) yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan visi beliau untuk membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. "BN selama ini mempunyai rekod kejayaan dalam membawa pembangunan kepada rakyat. Kita berjaya menyelesaikan banyak isu.

"Anggota Dewan Undangan dan mendiang (Robert) Lau selama ini menjaga kebajikan mereka dengan sangat baik. Saya tak nampak ada alasan mereka untuk berfikir sebaliknya untuk pilihan raya kecil akan datang itu," kata beliau.

Uggah berkata, parti komponen BN - PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Maju Sarawak (SPDP) perlu bekerja kuat untuk membantu SUPP bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sibu itu.

"Kita mesti kerja kuat dalam pilihan raya ini. Kita janganlah leka," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan