Saya Bersedia Buat Keputusan Sukar - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bersedia membuat keputusan sukar yang diperlukan negara sambil meminta rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik supaya bekerja ke arah usaha memupuk identiti nasional yang tulen.

Dalam satu daripada ucapan-ucapannya yang hebat mengenai agenda 1Malaysia yang disampaikan di Asia Society di sini Jumaat, Perdana Menteri mengakui bahawa walaupun ada tentangan yang kuat tetapi beliau bertekad untuk membawa perubahan bagi menyatukan rakyat dan meletakkan negara ini pada landasan ekonomi berpendapatan tinggi. Kepada para pengkritiknya, beliau suka menyatakan:

"Kepada mereka yang berasa ragu-ragu mengenai sama ada sebagai Perdana Menteri dan kerajaan termasuk rakan saya yang lain mempunyai iltizam untuk membawa perubahan-perubahan yang sukar, saya suka menyatakan bahawa apabila keadaan bertambah sukar kita akan lebih bersungguh-sungguh menghadapinya.

"Saya bersedia membuat keputusan sukar yang diperlukan Malaysia."

Dalam ucapannya bertajuk "Satu Wawasan Baru Untuk Malaysia", Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau tidak menentang pendapat yang bertentangan atau membangkang kerana beliau percaya pandangan-pandangan munasabah perlu diberi perhatian.

Namun demikian, beliau sedar tentang wujudnya golongan tidak bertanggungjawab yang sanggup berbohong dan menodai kepentingan awam demi memenuhi kepentingan peribadi mereka yang sempit.

Walaupun perbuatan golongan itu menjejaskan perjalanan politik di Malaysia, tetapi beliau yakin perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan akan diiktiraf dan dihargai oleh rakyat.

"Saya yakin semua rakyat Malaysia dapat berfikir dengan baik dan saya yakin usaha untuk mematangkan negara kita akan mencapai kemajuan serta momentumnya dari semasa ke semasa," katanya.

Najib berkata tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan jurang perbezaan dan polarisasi antara masyarakat semakin melebar dan ada pihak berpendapat ini berlaku kerana tindakan afirmatif iaitu Dasar Ekonomi Baru hanya memberi manfaat kepada segelintir kumpulan orang Melayu sahaja.

"Ini tidak benar, dalam ekonomi baru global, keadaan tidak mampu dikekalkan.

"Mana-mana negara yang ingin bersaing di peringkat antarabangsa dalam sektor berupah dan berpengetahuan tinggi pada masa akan datang, perlu bergantung pada kemahiran, bakat serta kepakaran seluruh rakyatnya. Potensi yang tidak dimanfaatkan adalah suatu pembaziran," katanya.

Mengenai lawatan beliau, termasuk kesempatan mengadakan mesyuarat dua hala buat julung kalinya dengan Presiden Barack Obama di Washington, Najib berkata beliau yakin secara moralnya, Amerika telah berjaya memulihkan kedudukannya sebagai pemimpin dunia.

Selain menyampaikan ceramah pada majlis anjuran Asia Society, perdana menteri juga akan mengisi hari terakhir kunjungan beliau selama seminggu ke negara ini dengan sekali lagi menghadiri satu siri perjumpaan bersama para pemimpin korporat terkemuka Amerika.

Sebelum ini, beliau telah mengadakan pertemuan buat julung kalinya dengan Rupert Murdoch dan jutawan itu membayangkan minatnya untuk berkunjung ke Malaysia bagi meninjau prospek dalam bidang pelaburan.

Dalam pertemuan empat mata dengan Frank Kern, naib presiden kanan IBM Global Business Services, Najib dimaklumkan tentang teknologi yang digunakan polis New York dalam penyediaan laporan dan penilaian berkaitan jenayah serta perkara lain berhubung pemantauan lalu lintas.

Najib berkata kajian akan dibuat sama ada sistem itu boleh membantu mengurangkan jenayah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan