Presiden MIC Cedera Ketika Memasuki Pusat Penamaan Calon - Berita Semasa | mStar

Presiden MIC Cedera Ketika Memasuki Pusat Penamaan Calon

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BAHRU: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu diberikan rawatan oleh pasukan paramedik di pusat penamaan calon di sini setelah mengalami kecederaan di kakinya.

Kecederaan tersebut berpunca setelah Samy terkena kawad duri semasa berjalan masuk ke pusat penamaan pencalonan bagi menemani calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan.

Bagaimanapun kecederaan yang dialami beliau tidak serius.

Turut cedera Speaker Perak, Datuk S. Ganesan yang mengalami kecederaan di tangan kanannya akibat tolak menolak daripada penyokong yang ingin memasuki dewan tersebut.

Terdahulu, semasa tiba di pusat penamaan calon di sini, Samy telah di 'boo' oleh penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di kawasan tersebut semasa beliau memasuki dewan itu.

Hari ini, menyaksikan proses penamaan calon Parlimen Hulu Selangor diKompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu kerana barah otak.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan