Peluang Pekerjaan Untuk Masyarakat Hulu Selangor Di Bukit Beruntung Esok

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan atau Program 3P di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Hulu Selangor esok mulai 12 tengahari hingga 5 petang.

Program anjuran JTK Negeri Selangor itu adalah khusus untuk rakyat Negeri Selangor khasnya bagi pencari kerja di kawasan Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Batang Kali dan sekitarnya, kata Setiausaha Akhbar kepada Menteri Sumber Manusia, E.Sivabalan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Penganjuran Program Penempatan Pekerjaan seumpama ini memberi peluang kepada pencari kerja bertemu terus dengan bakal majikan mereka, mendapatkan maklumat dan memilih peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak, kemahiran dan kelulusan yang dimiliki," katanya.

Sivabalan berkata usaha tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Masyarakat India, khasnya belia-belia India yang sedang mencari pekerjaan diseru supaya datang beramai-ramai dan menyertai program ini," kata beliau.

Sempena program itu, Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Dan Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia juga diadakan, katanya.

Orang ramai boleh mengambil peluang itu untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat terus daripada jabatan dan agensi berkenaan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam akan menyempurnakan majlis penutupan program ini esok, pada pukul 2.30 petang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan