Pelaburan Untuk Kanak-kanak, Langkah Pertama Bbina Dunia Aman Dan Makmur - Rosmah

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pelaburan untuk kanak-kanak adalah langkah pertama bagi membina sebuah dunia yang makmur, aman dan harmoni kerana ia melahirkan sebuah dunia dan masyarakat umum yang baik, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Jumaat.

Beliau berkata pelaburan awal dalam modal insan akan melahirkan sumber yang tidak ternilai harganya yang boleh digunakan bagi pembangunan ekonomi, kemajuan teknologi dan masyarakat yang pada keseluruhannya akan memberi manfaat dan kesan positif kepada semua golongan.

Rosmah menggariskan empat sebab mengenai keperluan pelaburan untuk kanak-kanak pada Forum Wanita Antarabangsa - First Ladies Speak - bertajuk "Pelaburan Untuk Kanak-Kanak Untuk Masa Depan yang Lebih Baik" di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Pada konvensyen khas yang dipengerusikan oleh Presiden forum itu Datin Amy Hamidon, Rosmah disertai oleh isteri Perdana Menteri Jamaica Lorna Golding untuk berkongsi pandangan mereka dalam perkara itu.

Rosmah berkata "kanak-kanak yang mendapat pendidikan yang baik kemungkinan menjadi seorang yang lebih sihat, produktif dan warganegara yang baik, yang boleh mendorong kepada kurangnya insiden penyakit sosial seperti penyalahgunaan dadah, pengangguran atau jenayah."

Rosmah berkata sebab itu kenapa banyak negara memperuntukkan sejumlah besar wang bagi pendidikan dalam bajet tahunan kerana ia dapat menjana pulangan ekonomi yang lebih tinggi dan mengurangkan kos sosial.

Ketika berucap pada audiens antarabangsa yang antara lain terdiri daripada isteri-isteri diplomat antarabangsa dan isteri wakil luar negara ke PBB, Rosmah bagaimanapun berkata guru pertama bagi kanak-kanak mestilah ibu bapa dan bukan sekolah.

"Tanpa mengira berapa banyak pendidikan secara formal diberikan, penyakit sosial masih boleh berlaku jika sistem kekeluargaan tidak berfungsi," tegas beliau.

Rosmah yang juga penaung Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM) berkata pelaburan bagi kanak-kanak juga dapat meningkatkan keberkesanan dalam pelaburan awam yang lain dalam pendidikan dengan meningkatkan kesediaan seorang kanak-kanak untuk belajar dan kesan bergandanya ialah ia membolehkan pendidikan seterusnya menjadi lebih berkesan, meningkatkan prestasi sekolah dan mengurangkan keperluan untuk mengulang gred."

Beliau berkata ia bukan sahaja menyumbang kepada penyemaian nilai-nilai, peranan dan etika tetapi ia akhirnya akan membentuk kepaduan sosial dan pertumbuhan ekonomi.

"Sebaliknya, negara-negara yang tidak mengendahkan pendidikan di peringkat awal akhirnya mendapati mereka bukan sahaja ketinggalan, tetapi terpaksa berhempas pulas untuk menggerakkan ekonomi mereka ke depan dan mewujudkan kemajuan bagi masyarakat mereka," katanya.

Rosmah, yang juga pengerusi jawatankuasa eksekutif Dasar Permata Negara itu juga berkongsi pengalaman Malaysia dalam melabur bagi projek kanak-kanak terutama program Permata Negara dengan satu tagline that Every Child Is Precious (Setiap Kanak-Kanak itu Berharga), yang menekankan kepada pendidikan bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun daripada keluarga yang tidak bernasib baik di kalangan penduduk bandar yang miskin dan di luar bandar.

Beliau juga berkata wujud keperluan bagi menyediakan mereka untuk menjadi warga global selari dengan dunia tanpa sempadan.

"Saya berkeyakinan bahawa kepekaan awal terhadap perbezaan budaya yang pelbagai, berurusan dan berinteraksi dengan yang lain di seluruh dunia melalui ICT adalah penting bagi mendapatkan penghargaan, dihormati dan mampu bekerja dalam sebuah dunia yang berlainan.

"Bagaimanapun, bagi mengoptimumkan pembelajaran, ia perlu ada proses berterusan bermula dari peringkat awal bagi pendidikan dan penjagaan kanak-kanak sehingga ke peringkat tinggi," katanya.

Katanya beliau telah memulakan satu peringkat bagi mengenalpasti dan memupuk kanak-kanak berbakat dan berkebolehan istimewa antara umur sembilan hingga 15 tahun, baik dari segi akademik dan muzik dan memberikan perhatian khusus yang diperlukan.

"Saya percaya ini merupakan asas penting bagi pembangunan modal insan yang berkualiti dan produktif dan begitu juga dengan peluang bagi memupuk potensi yang besar dan cukup bernilai yang ada pada kanak-kanak ini," katanya.

Beliau mengulangi bahawa kanak-kanak sebenarnya "pelaburan kita bagi masa depan dan usaha bersepadu perlu dibuat bagi memastikan ada sinergi di kalangan kita agar suara kanak-kanak dapat didengar dan tempat mereka dilindungi."

"Mereka perlu diberi peluang untuk memaksimumkan potensi sebagai manusia yang produktif," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan