Media, Kerajaan Perlu Akrab: Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

Media, Kerajaan Perlu Akrab: Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berharap kerajaan dan media menjadi rakan yang akrab dalam pembangunan bagi menjamin kesejahteraan Malaysia.

"Tidak kira pada masa senang atau sukar, saya harus berterus terang bahawa di mana-mana negara sekali pun, kerajaan memerlukan sokongan media ," katanya ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2010 di sini, malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau berpegang kepada pendirian bahawa tiada demokrasi tanpa media.

"Bahawa industri media begitu subur pertumbuhannya di Malaysia menunjukkan nilai-nilai demokrasi di negara ini," katanya.

Berita selanjutnya selepas ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan