KGSM Sokong Tambah Guru Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia (KGSM), menyokong tindakan Kementerian Pelajaran untuk menambah bilangan pengambilan guru lelaki mulai tahun ini bagi mengimbangi nisbah guru wanita.

Presiden (KGSM), Mohd Sabri Mohd Arshad berkata tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah wajar kerana guru lelaki semakin berkurangan dan situasi itu akan memberi masalah kepada pengurusan sekolah.

Katanya, kehadiran guru lelaki di sekolah amat penting kerana mereka dapat membantu menangani masalah disiplin dan menyelaras kerja-kerja yang tidak dimampu dilakukan oleh guru wanita.

"Sekarang pun pelbagai masalah disiplin yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan sekolah di negara ini.

"Bayangkan pada masa hadapan jika guru lelaki sudah lupus dan guru wanita terpaksa menghadapi semua masalah disiplin yang berlaku di sekolah," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Tidak memandang rendah terhadap kebolehan guru wanita dalam menghadapi situasi yang melibatkan masalah disiplin pelajar, Mohd. Sabri berkata, dengan kehadiran guru lelaki sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah.

Dalam pada itu, beliau berkata dengan penambahan guru lelaki masalah untuk menempatkan guru di kawasan pendalaman lebih mudah.

Ini kerana menurutnya, kebanyakan guru wanita yang ditempatkan di kawasan pedalaman kebiasaannya tidak lama kerana status mereka yang perlu mengikut suami.

"Kes begini memang banyak dan ia akan menjadi beban kepada pihak sekolah dan kementerian untuk sentiasa mencari ganti setiap kali guru wanita bertukar ke tempat lain mengikut suami," katanya.

Katanya lagi, tindakan kerajaan akan meningkatkan pengambilan pelajar daripada Sabah dan Sarawak sebanyak 40 peratus adalah sejajar dengan usaha untuk menyelesaikan masalah guru yang tidak mahu mengajar di kawasan pendalaman di sana.

"Ini memberi kelebihan kepada guru semenanjung kerana mereka tidak perlu ke sana dan risiko untuk ke kawasan pendalaman juga kurang.

"Apabila lebih ramai guru yang di ambil dari sana, maka selepas tamat pengajian mereka boleh terus kembali ke tempat asal untuk mengajar," ujarnya.

Malah katanya, tindakan itu akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam membayar elaun perpindahan wilayah kepada guru-guru yang mengajar di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Sabri memberitahu bagi menggalakkan calon guru lelaki menyertai kerjaya perguruan, kerajaan harus memberikan syarat minimum kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan.

"Syarat yang ada dikekalkan seperti sebelum ini, tetapi untuk guru lelaki, syarat minimum digunakan kepada guru lelaki untuk menarik minat mereka menyertai bidang perguruan," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar semua guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang telah mengajar selama dua tahun diserapkan bagi menampung kekurangan guru lelaki di negara ini.

Sabri mengulas cadangan kerajaan untuk menyeimbangkan pengambilan guru pada tahun ini pada kadar yang sama iaitu 50 peratus untuk guru lelaki dan wanita.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata langkah itu diambil ekoran lambakan guru wanita ketika ini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan