Kejayaan Lawatan Najib Ke AS Tingkatkan Imej Malaysia Di Persada Antarabangsa

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat baru-baru ini telah disifatkan sebagai perangsang kepada reputasi Malaysia di persada antarabangsa.

Robert G. Rapson, US Charge d'Affairs berkata liputan media amat bagus dan positif.

"Sudah pastinya, Malaysia telah memperlihatkan imej yang begitu baik dan kita berhasrat agar hubungan dua hala kita akan berterusan," kata beliau kepada Bernama.

Terdahulu, bercakap kepada pemberita Malaysia sebelum berlepas dari New York ke Jepun, Najib menyifatkan lawatannya ke Amerika Syarikat kali ini, khususnya Washington adalah yang paling berhasil yang pernah dilakukan beliau.

Beliau berkata sentimen dan sikap terhadap Malaysia telah berubah bukan sahaja oleh Presiden Barack Obama dan pentadbirannya tetapi juga menjangkau ke Capitol Hill dalam kalangan senator dan ahli Kongres serta sektor swasta.

Perdana Menteri juga berkata lawatan ini telah membuka lembaran baru dalam kerjasama Malaysia-Amerika Syarikat dalam bidang-bidang yang memberi keuntungan kepada kedua-dua negara.

Najib berkata perkembangan itu akan disusuli dengan mengadakan lebih banyak pertukaran dan lawatan oleh pemimpin kedua-dua negara.

Perdana Menteri kemudiannya mengakhiri lawatan kerjanya selama seminggu di Amerika Syarikat pada Jumaat.

Perdana Menteri dijadual tiba di Tokyo pada hari Ahad untuk lawatan rasmi selama empat hari yang merupakan lawatan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.

Beliau dijangka menghadap Maharaja Akihito dan Maharani Michiko serta mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama.

Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Pemangku Menteri Luar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan