Hulu Selangor: Perkembangan Hari Penamaan Calon

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BAHRU: Berikut adalah perjalanan hari penamaan calon di Parlimen Hulu Selangor hari ini:

11.30Pagi: Diluar pusar penamaan calon kira-kira tiga trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal bagi menggelakkan sebrang kejadian tidak diingini.

Penyokong-penyokong pasukan pembangkang terus bersorak sebaik nama calon yang disahkan bertanding diumumkan oleh SPR.

Pasukan FRU meminta penyokong PR dan BN meninggalkan kawasan luar pusat penamaan calon bagi menggelakkan kesesakan lalu lintas.

10.20Pagi: Kekecohan tercetus apabila bekas ahli MIC, J.Anuradha gagal menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon.

Beliau mendakwa pihak polis tidak membenarkannya masuk dan menyerahkan borang tersebut.

10.15Pagi: Empat nama calon yang menghantar borang pencalonan adalah Datuk Zaid Ibrahim (PKR),P.Kamalanathan (MIC, dua calon bebas, Johari Mohd Diah dan S. Chandran.

10.00Pagi: Tempoh penamaan calon telah ditutup dan tempoh bantahan bermula.

9.45Pagi: Pemimpin BN yang diketuai oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Dr Wee Ka Siong, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melawat ke khemah calon PKR di sini.

Mereka dilihat berbual mesra dengan pemimpin PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

9.40 Pagi: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melawat khemah BN di pusat penamaan calon.

Beliau dilihat berbual-bual dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn

9.35 Pagi: Calon bebas, V.S. Chandran tiba di pusat penamaan calon dan mengemukakan borang pencalonan

9.35 Pagi: Keadaan di luar kawasan pusat penamaan calon tenang dengan kawalan ketat oleh anggota keselamatan.

Sebuah helikopter PDRM juga sentiasa berlegar memantau perkembangan.

9.25 Pagi: Calon BN, P. Kamalanathan diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin kanan BN tiba di pusat penamaan calon.

9.20 Pagi: Datuk Seri S. Samy Vellu terkena kawad duri semasa ingin memasuki ke pusat penamaan calon setelah berlaku adegan tolak menolak penyokong yang turut ingin memasuki dewan itu.

Turut cedera, Speaker Perak, Datuk S. Ganesan yang mengalami kecederaan di tangan kanannya.

9.02 Pagi: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim bersama-sama pencadang dan penyokong masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk mengemukakan borang pencalonan mereka.

9.01 Pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Norisham Ahmad Dahlan mengumumkan bahawa calon yang bertanding boleh mengemukakan borang pencalonan masing-masing sehingga pukul 10 pagi.

9.00 Pagi: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pusat penamaan calon.

Turut mengiringi beliau Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Mat Isa, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

8.50 Pagi: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

8.10 Pagi: Pasukan Polis Diraja Malaysia membuat tinjauan udara menggunakan helikopter di kawasan sekitar pusat penamaan calon.

8.00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di pusat penamaan calon.

7.50 Pagi: Petugas-petugas media mula hadir di pusat penamaan calon di sini.

7.40 Pagi: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu di 'boo' penyokong Pakatan Rakyat semasa berjalan memasuki pusat penamaan calon.

7.30 Pagi: Sebahagian anggota media tidak dibenarkan masuk ke kawasan penamaan calon.

Namun selepas perbincangan, hanya pihak media yang mempunyai pas media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibenarkan masuk.

7.15 Pagi: Jumlah kehadiran penyokong kedua-dua parti yang beertanding semakin ramai memenuhi ruang pusat penamaan calon.

Terdapat juga puluhan gerai jualan di buka di kawasan pekan Kuala Kubu Bahru.

Bagaimanapun keadaan masih terkawal.

7.00 Pagi: Penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mula membanjiri kawasan sekitar pusat penamaan calon dengan membawa bendera dan sepanduk masing-masing.

6.45 Pagi: Anggota keselamatan mula mengawal lalu lintas di Bandar Kuala Kubu Bharu.

Beberapa jalan utama menghala ke pusat penamaan calon ditutup untuk kenderaan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan