Hulu Selangor: Pelajar UiTM Diingatkan Jangan Terlibat

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar hari ini memberi amaran kepada semua penuntut universiti itu supaya tidak melibatkan diri sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.

Sahol berkata, mereka tidak seharusnya melibatkan diri semua aktiviti di sana termasuk di kampus.

"Saya memberi amaran keras kepada semua penuntut supaya tidak melibatkan diri dalam pilihan raya itu nanti dan tumpuan mereka adalah kepada peperiksaan yang berlangsung pada bulan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Sahol, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya supaya melakukan pemantauan terhadap semua penuntut-penuntut universiti itu dari masa ke semasa supaya tiada di antara mereka yang melibatkan diri dalam politik.

"Bukannya tidak boleh berpolitik, tapi sekarang bukan masanya. Penumpuan mereka adalah kepada pelajaran," ujarnya.

Tambahnya lagi, jika didapati ada penuntut yang melibatkan diri dalam kempen pilihan raya dan politik mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang telah menggariskan pelajar Institusi Pengajian Tinggi dilarang menyertai kempen politik.

Katanya, adalah bagus apabila semua orang Melayu ada semangat perpaduan dan bersatu padu antara satu sama lain tetapi jangan libatkan semangat tersebut dengan dunia politik.

"Jika semangat dan kesatuan antara orang Melayu itu dicampur adukkan dengan politik maka hancurlah ia, jadi jangan," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu UiTM telah memperuntukkan sebanyak 5,000 tempat kepada pelajar miskin setiap tahun bagi membantu golongan itu untuk meneruskan pelajaran.

Bagaimanapun, keputusan peperiksaan tetap diambil kira dalam pengambilan tersebut bagi menjamin kualiti penuntut di situ.

"Keputusan tetap diambil kira dan jika dana mencukupi kita akan naikkan angka itu," katanya.

Tambahnya, pengambilan itu akan memberi tumpuan kepada calon lelaki dan mensasarkan 80 peratus daripada jumlah yang diperuntukkan daripada jantina itu.

"Banyak pelajar lelaki yang berpotensi sebenarnya tetapi tersepit dalam situasi yang tidak mengizinkan mereka menyambung pelajaran seperti terpaksa membantu keluarga dengan bekerja.

"Oleh sebab itu kita mahu memberikan mereka peluang itu," ujarnya.

Selain diberi tempat di universiti itu, Sahol berkata yuran, tempat tinggal dan makanan akan diberikan percuma kepada mereka sebagai pakej kepada bantuan itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan