Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu 16 Mei, Penamaan Calon 8 Mei

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak akan diadakan pada 16 Mei ini sementara hari penamaan calon ditetapkan pada 8 Mei.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang telah dikemaskinikan sehingga 9 April lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat pada 12 April lalu berhubung kekosongan kerusi bahagian itu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau pada 9 April.

"Sebanyak 54,695 pemilih berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos akan menjalankan kewajipan mereka terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

"Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai pilihan raya kecil berkenaan di sini hari ini.

Lau, 68, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada tarikh itu selepas sekian lama bertarung dengan penyakit barah yang dihidapinya.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 45 pusat mengundi dipilih melibatkan sekolah, tadika, pusat latihan, rumah panjang, perpustakaan awam dan pusat rekreasi awam dipilih.

Katanya lagi, proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah Sibu.

Tambahnya, SPR akan menggunakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memastikan pilihan raya kecil Parlimen berkenaan berjalan lancar.

Dalam pada itu Abdul Aziz menyampaikan watikah pelantikan sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil Parlimen Sibu kepada Pegawai Daerah Sibu, Wong See Meng.

Beliau berkata Wong mempunyai pengalaman dalam mengendalikan beberapa pilihan raya umum di Sibu dan akan dibantu oleh empat penolong pegawai pengurus dari beberapa jabatan kerajaan negeri di negeri itu.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan