Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu 16 Mei ini

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak akan diadakan pada 16 Mei ini sementara hari penamaan calon ditetapkan pada 8 Mei.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang telah dikemaskinikan sehingga 9 April lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat pada 12 April lalu berhubung kekosongan kerusi bahagian itu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau pada 9 April.

"Sebanyak 54,695 pemilih berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos akan menjalankan kewajipan mereka.

"Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai pilihan raya kecil Parlimen Sibu di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 48 pusat mengundi melibatkan 45 pusat mengundi dipilih termasuk sekolah, tadika, pusat latihan, rumah panjang, perpustakaan awam dan pusat rekreasi awam dipilih.

Tambahnya, SPR akan menggunakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memastikan pilihan raya kecil Parlimen berkenaan berjalan lancar.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan