Najib Lawat Jepun Mulai Ahad

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat Jepun selama empat hari bermula Ahad ini atas jemputan kerajaan negara itu.

Ini adalah lawatan pertama beliau ke Jepun sebagai Perdana Menteri.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Pemangku Menteri Luar dan isteri Datin Seri Masnah Rais.

Semasa di Tokyo, Perdana Menteri dijangka menghadap Maharaja Akihito dan Maharani Michiko. Najib dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama dan menghadiri jamuan makan malam rasmi yang dianjurkan oleh Hatoyama.

Beliau juga akan melawat pusat kitar semula Jepun, menyampaikan ucapan kepada ahli perniagaan dan bertemu tokoh industri terkemuka Jepun dan dikurniakan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Meiji.

Dalam lawatan itu juga Najib dijadual menghadiri perjumpaan dengan warga dan pelajar Malaysia di Tokyo sebelum berlepas pulang.

Menurut kenyataan itu, lawatan ini mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh dan telah lama terjalin antara Malaysia dan Jepun menerusi bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, Dasar Pandang ke Timur dan pertukaran dalam bidang teknologi, kebudayaan serta pelancongan juga kerjasama dalam pengembangan bidang baru. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan