Najib Kini Di New York

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang melakukan lawatan kerja seminggu ke Amerika Syarikat, kini berada di New York.

Ketibaan Perdana Menteri dan rombongan di Lapangan Terbang Antabangsa Newark pada 7.30 malam pada Khamis disambut Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu Datuk Hamidon Ali.

Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Pemangku Menteri Luar dan isteri Datin Seri Masnah Rais, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan isteri Datin Seri Dr Kalsom Ismail.

Najib dijangka bertemu tokoh-tokoh perniagaan dan pengurus dana Amerika Syarikat pada petang Jumaat dan antara lainnya dijangka menjelaskan mengenai Model Ekonomi Baru (NEM) Malaysia yang diumumkannya baru-baru ini.

Terdahulu pada hari yang sama, beliau dijadual menyampaikan ucapan bertajuk "Visi Baru Malaysia" pada jamuan tengah hari di Asia Society.

Najib yang berada di Washington sejak Sabtu lepas telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear yang turut disertai 45 pemimpin dunia yang berlangsung selama dua hari bermula Isnin. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan