Istana Pahang Sedia Tarik Balik Laporan Polis Terhadap "Tuan Muda"

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pihak Istana Pahang bersedia menarik balik laporan polis terhadap seorang remaja berumur 17 tahun yang menyamar sebagai Tuan Muda Pahang.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda sendiri telah melihat laporan polis yang dibuat dan mengambil kira kenyataan remaja terbabit terhadap pihak berkuasa.

"Jadi saya ingin mengatakan saya tidak akan buat satu tindakan susulan kalau dia mohon maaf dengan saya, keluarga saya dan buat aku janji dan bersetuju mendapatkan rawatan kaunseling dalam tempoh yang akan ditentukan polis," titah Tengku Abdullah.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas melawat Zarina Wahab, wanita yang menjadi mangsa simbahan asid, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.

Titah Tengku Abdullah, jika remaja tersebut bersetuju memenuhi syarat berkenaan, kes itu akan ditarik balik namun sekiranya perkara itu berulang, laporan kes terbabit akan dibuka semula memandangkan perbuatan remaja itu mencemarkan nama Istana Pahang selain turut menjejaskan kredibiliti pihak yang terlibat.

Perbuatan remaja itu tetap salah daripada segi undang-undang namun baginda turut mengambil kira tujuan remaja itu yang dipercayai ingin mengambil tahu hal ehwal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"(Kejadian) ini ada sedikit sebanyak kelucuan dan saya berharap budak itu akan insaf dengan perbuatannya," titah baginda.

Berhubung kelemahan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam membuat pengesahan berhubung identiti remaja itu, Tengku Abdullah bertitah pihak berkenaan sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang tindakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata kes itu akan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

Jumaat lepas, remaja yang berasal dari Bera, Pahang itu ditahan polis di rumah saudaranya di Pekan, ekoran aduan daripada pihak Istana Pahang mengenai kes penyamaran itu.

Remaja terbabit yang merupakan pelajar pintar, dipercayai memperdaya seorang exco kerajaan negeri Pahang dan Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dengan menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Abdullah.

Tempoh reman remaja terbabit berakhir hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan