Istana Budaya Pentaskan Teater Muzikal Dr Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Istana Budaya akan mementaskan sebuah teater muzikal mengenai kehidupan Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, bermula 24 September hingga 4 Oktober ini.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani berkata, pementasan teater itu adalah bagi mengenang jasa tokoh ini yang telah banyak menabur bakti membangunkan negara.

"Bagi kami pementasan teater ini unik kerana ini merupakan kali pertama biografi seorang tokoh yang masih hidup dipentaskan," katanya kepada pemberita di Istana Budaya di sini semalam.

Mohamed Juhari berkata, teater muzikal yang bertajuk "Tun Mahathir" itu akan menceritakan mengenai kehidupan Dr Mahathir dari kecil, semasa memegang jawatan Perdana Menteri hinggalah kepada kehidupannnya sekarang.

Katanya, skrip teater muzikal ini ditulis oleh Ismail Kassan, manakala Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah akan bertindak sebagai pengarah muzik dan ia akan diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir.

Sementara itu, pihak penerbit teater muzikal ini, Citra Production akan membuat satu sesi uji bakat untuk mencari pelakon yang akan memegang beberapa watak utama dalam teater muzikal ini termasuk watak Dr Mahathir.

Jurucakap Citra Production berkata, mereka yang berminat boleh datang ke Istana Budaya pada 24 dan 25 April ini untuk sesi uji bakat bermula 10 pagi hingga 5 petang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan