Empat Lagi Penerbangan Ke Dan Dari Eropah Dibatal - Berita Semasa | mStar

Empat Lagi Penerbangan Ke Dan Dari Eropah Dibatal

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Empat lagi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang menuju ke Eropah, juga dari Eropah ke sini dibatalkan hari ini, akibat penyebaran abu dari ledakan gunung berapi di Iceland semalam.

Pengurus Besar Kanan Operasi Malaysia Airlines Holdings Berhad (MAHB) Datuk Azmi Murad berkata dua daripada penerbangan itu adalah melalui Malaysia Airlines (MAS) dan dua lagi melalui KLM Royal Dutch Airlines (KLM).

"Melalui MAS satu penerbangan dari sini ke London pada pukul 10 pagi tadi telah dibatalkan, manakala satu penerbangan dari London yang sepatutnya tiba jam 5.25 petang ini juga dibatalkan.

"Melalui KLM pula penerbangan dari Amsterdam ke sini yang sepatutnya tiba jam 3 petang ini turut dibatalkan, begitu juga dengan sebuah penerbangan dari sini ke Amsterdam yang sepatutnya berlepas jam 12 tengah malam ini," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Azmi berkata tiada penerbangan Air Asia menuju ke Eropah atau dari Eropah ke sini dijadualkan pada hari ini.

Semalam sahaja, lima penerbangan dibatalkan atas sebab yang sama, di mana tiga daripadanya melalui MAS ke London, Paris dan Amsterdam, satu melalui KLM ke Amsterdam dan satu lagi melalui Air Asia X ke Stanstead.

Mengenai situasi di KLIA, Azmi berkata operasi KLIA tidak terjejas kerana keadaan masih terkawal dan tiada kesesakan dilaporkan.

Tindakan pantas syarikat penerbangan memaklumkan penumpang lebih awal mengenai pembatalan itu menyebabkan tidak ramai antara mereka yang terkandas di KLIA, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan