Abdul Rahman Sulaiman Dilantik Pengerusi Bernama Ke-10

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagai sirih pulang ke gagang. Bekas Ketua Pengarang Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman dilantik sebagai pengerusi baru Pertubuhan Bertia Nasional itu berkuatkuasa 1 Februari lepas.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Annuar Zaini yang tamat tempoh sebagai pengerusi kesembilan pada 31 Januari lepas, demikian diumumkan oleh pengurusan Bernama hari ini.

Pelantikan Abdul Rahman, 64, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin bagi mengetuai 13 anggota Lembaga Pengelola Bernama.

Beliau mengetuai Jabatan Pengarang Bernama dari tahun 1989 hingga 1995. Jawatan terakhir yang disandangnya dalam kerajaan ialah sebagai Pengarah Komunikasi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dari Ogos 2001 hingga Mac 2010.

Beliau juga merupakan Pengarah Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dari Mac 2009 sehingga baru-baru ini.

Abdul Rahman berkahwin dengan Datin Maznah Adam dan mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan.

Beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2007.

Dilahirkan pada 26 Mei 1946 di Parit Buntar, Perak, Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Parit Tok Ngah dan Methodist Secondary School di Parit Buntar.

Beliau menyertai Bernama pada 1971 sebagai wartawan kanan setelah memulakan kerjaya kewartawanan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai wartawan penyiar pada 1966.

Pada tahun 1973 beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang komunikasi pada 1976, dan sekembalinya bertugas beliau dihantar ke Bangkok sebagai koresponden Bernama bagi Thailand dan Indo-China hingga 1978.

Beliau juga memegang pelbagai jawatan di agensi berita itu termasuk Ketua Biro Johor, dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Am sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarang pada 1989.

Pada 1995, beliau mengambil persaraan awal bagi bertanding pada pilihan raya umum di kawasan Parlimen Parit Buntar sebagai calon Barisan Nasional dan menewaskan Idris Abdul Rauf daripada Parti Semangat 46. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan