Sekolah Yang Ditutup Akibat H1N1 Dibuka Semula Ahad Ini

Diterbitkan: Khamis, 15 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ismail di Pasir Puteh yang ditutup mulai Selasa lepas berikutan seorang pelajarnya disahkan positif Influenza A (HINI), akan dibuka semula Ahad ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussein Awang berkata tindakan itu diambil selepas langkah-langkah pencegahan dilakukan oleh pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata kesemua pelajar yang disyaki dijangkiti virus itu akan terus dikuarantin sebaik ia disahkan bebas daripada mengalami simptom penyakit itu.

"Kita akan membuka semula sekolah itu Ahad ini selepas berpuas hati dengan langkah-langkah pencegahan dan pelajarnya bebas daripada disyaki mengalami simptom serangan selsema itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Baharu di sini, pada Khamis.

Kira-kira 1,000 pengetua dan guru besar yang menerima anugerah kecemerlangan akademik dan kokurikulum hadir.

Menurut Hussein inilah kali pertama sekolah di negeri ini ditutup sepanjang tempoh empat bulan tahun ini kerana disyaki terlibat dengan wabak itu.

Beliau berkata, kes itu dikesan sebaik pelajar sekolah terbabit membuat pemeriksaan rawak di klinik kesihatan dan mendapati seorang daripada 42 pelajar terbabit disahkan dijangkiti virus HINI.

Dalam perkembangan lain, Hussein berkata pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mempercepatkan tempoh siap pembinaan bangunan Sekolah Kebangsaan Peria, di Kuala Krai yang terbakar 5 April lepas bagi menempatkan murid yang terjejas akibat kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, tingkat atas bangunan blok pentadbiran sekolah itu hangus sama sekali akibat litar pintas panahan petir yang melibatkan kerugian lebih RM500,000.

"Selain itu, kita sudahpun membekalkan semua peralatan sekolah untuk keperluan bahagian pentadbiran, termasuk komputer, mesin pencetak kertas dan perabot lain yang diperlukan bagi kemudahan bahagian pentadbiran sekolah itu.

Menurutnya, beberapa kabin dibina di sekolah itu bagi dijadikan bilik darjah dan pejabat pentadbiran sementara sebelum bangunan kekal dapat disiapkan sepenuhnya tidak lama lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan