Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Kementerian Luar Dilulus

Diterbitkan: Khamis, 15 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat pihak pembangkang untuk menggagalkan proses meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010 untuk Kementerian Luar hampa apabila ia diluluskan di sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagi di mana pihak pembangkang hanya memperolehi 34 undi berbanding kerajaan yang memperolehi 68 undi.

Usul untuk mengadakan undi itu dicadangkan oleh Azmin Ali (PKR-Gombak) sebelum disokong oleh Tian Chua (PKR-Batu). Rang Undang-Undang tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010, Timbalan Menteri Luar, Senator T Kohilan Pillai ketika menjelaskan prinsip Malaysia berhubung pengunaan tenaga nuklear berkata, kerajaan dan Wisma Putra masih berpegang kepada polisi yang sama iaitu menentang sebarang bentuk penggunaan tenaga nuklear jika digunakan untuk menghasilkan senjata pemusnah.

"Tetapi Malaysia menyokong atau menerima penggunaan nuklear untuk tujuan tenaga," katanya.

Sidang dewan akan disambung Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan