Perhimpunan Kenderaan Terbesar Di Putrajaya 15 Mei Ini

Diterbitkan: Khamis, 15 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 6,000 buah kenderaan dijangka menyertai acara Perhimpunan Sukan Permotoran Terbesar 1Belia 1Malaysia di Putrajaya sempena Hari Belia 2010 pada 15 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perhimpunan yang mempamerkan kereta, motosikal dan van itu dijangka dihadiri oleh lebih 24,000 peminat kenderaan dari seluruh negara.

Katanya, program anjuran Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Youth) itu turut disasarkan untuk mendapat pengiktirafan dalam "Malaysia Book of Records."

"Perhimpunan kereta terbesar ini menepati tema 'Showcase of Energy' yang ingin kita tonjolkan pada Hari Belia tahun ini.

"Selama ini banyak pandangan negatif yang kita lemparkan pada anak-anak muda seperti dadah, lepak, rempit...jadi dengan penganjuran Hari Belia ini kita mahu lihat apa yang anak-anak muda mampu lakukan dengan cara mereka sendiri," katanya selepas melancarkan program itu di sini hari ini.

Individu yang berminat untuk menyertai perhimpunan itu boleh menghubungi Youth di talian 03-4143 5303 atau melayari laman Facebook 'Group Belia Hari Negara'.

Selain itu, Ahmad Shabery berkata, kesesakan lalulintas yang dijangka berlaku di Putrajaya sempena sambutan Hari Belia pada 14 hingga 16 Mei ini akan diuruskan sebaiknya oleh kementerian.

Menurut beliau, lebih 200,000 orang dijangka membanjiri Putrajaya pada ketiga-tiga hari tersebut.

"Kemudahan pengangkutan awam dari pusat bandar (Kuala Lumpur) ke Putrajaya turut disediakan bagi mereka yang ingin menyertai aktiviti pada hari itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan