Malaysia Mahu Tingkatkan Perdagangan Dengan AS

Diterbitkan: Khamis, 15 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia berharap perdagangannya dengan Amerika Syarikat (AS) akan kembali ke paras tinggi yang dicatatkan seperti beberapa tahun lepas selepas menerima kesan buruk krisis ekonomi global.

Di dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut berusaha menarik lebih banyak pelaburan AS Selasa dengan menarik perhatian Majlis Perniagaan AS-Asean (USABC) terhadap pembaharuan yang dilaksanakan Malaysia di dalam dasar ekonominya untuk berpindah dari negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.

"Untuk mencapai matlamat itu, kita akan melaksanakan dasar ekonomi yang lebih terbuka, yang lebih menekankan merit dan lebih menyokong keusahawanan dan inovasi. Di seberang laut, kita akan terus menjalin perdagangan yang lebih aktif dengan rakan perdagangan kita," katanya di majlis makan malam anjuran USABC Selasa.

Pada 2006, Malaysia merupakan rakan perdagangan ke-10 terbesar AS tetapi pada tahun lepas, ia merosot ke tempat ke-18 apabila jumlah dagangan merosot 23 peratus daripada 2008 kepada 2009.

Najib juga berharap paras tinggi pelaburan AS di Malaysia yang berjumlah AS$13.5 bilion pada tahun lepas dan mewujudkan pekerjaan kepada 158,000 orang, akan berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Beliau turut menyatakann bahawa sejak kebelakangan ini, banyak syarikat Malaysia telah cuba mewujudkan kehadiran di AS dan trend itu sepatutnya disambut baik oleh semua pihak.

"Sesetengahnya telah mewujudkan pejabat cawangan di sini, sesetengahnya telah membeli hartanah dan sesetengah yang lain menjadi rakan usahasama dengan syarikat AS," katanya.

Walau pun begitu, bilangan itu agak sederhana sekarang ini, kata Najib, sambil menyatakan bahawa syarikat Malaysia kini telah mencapai kematangan dan keyakinan untuk meneroka ke seberang laut secara besar-besaran.

Perdana Menteri juga menyeru AS supaya tidak berpatah balik untuk memberi tumpuan di negara itu semata-mata malah akan terus melabur di seluruh dunia semasa ia bertindak memerangi krisis ekonomi.

Najib berkata negara-negara yang melakukan perniagaan dengan AS kini cemas sama ada ekonomi terbesar dunia itu akan mengubah dasarnya kepada memberi tumpuan untuk melakukan pembinaan semula di dalam negara.

Katanya banyak persoalan telah ditanya sama ada AS akan bergantung lebih banyak kepada penggunaan domestik dan mengurangkan pertumbuhan yang dipacu eksport atau sama ada usaha mengejar perdagangan tanpa had telah mendedahkannya kepada risiko yang tidak terhad.

"Adalah menjadi harapan saya bahawa, AS tidak akan mengorbankan kepentingan negara-negara lain di dunia sambil ia menangani masalah kepentingan negara itu," katanya.

Di dalam dunia globalisasi, Najib berkata adalah bodoh bagi sebarang negara yang walau pun dominan dan gagah seperti AS untuk memikirkan bahawa ia akan lebih beruntung jika menangani sebarang masalah secara sendirian.

Sehubungan itu, beliau menyeru AS untuk berkongsi dan membantu negara-negara lain dan memacu satu dunia yang makmur sambil memakmurkan Amerika sendiri.

Sebelum itu, semalam, Perdana Menteri menemui Ahli Kongres Howard Berman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, yang turut menjadi hos Najib untuk makan tengah hari di Capitol Hill.

Najib turut mengadakan perbincangan dengan Senator John Kerry, Pengerusi Jawatankuasa asing Senet dan Senator Jim Webb dari Virginia.

Pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim memberitahu wartawan Malaysia bahawa hubungan yang telah diasaskan oleh Perdana Menteri dalam tempoh lawatan kerjanya telah mendapat perhatian ketiga-tiga senator dan ahli kongress itu.

Mereka menggalakkan supaya hubungan antara para ahli kongres dan beberapa institusi Senate kedua-dua pihak dilonjakkan dan membuahkan hasil yang positif bagi kedua-dua negara, kata Rais yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan