H1N1: Ibu Bapa Tidak Perlu Bimbang

Diterbitkan: Khamis, 15 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ibu bapa tidak perlu bimbang serta panik kerana langkah-langkah proaktif dan berjaga-jaga sentiasa diambil oleh Kementerian Pelajaran di sekolah seluruh negara ekoran peningkatan trend jangkitan Influenza A (H1N1), kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa semua tindakan yang diambil itu adalah dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Alimuddin berkata kementerian juga sentiasa mengingatkan semua guru besar serta pengetua sekolah supaya menjalankan pemantauan setiap hari jika terdapat tanda penyakit seperti demam panas dan selesema pada pelajar dan warga sekolah.

"Jika terdapat tanda-tanda penyakit seperti itu, pihak sekolah hendaklah merujuk kes itu ke hospital dengan kadar segera," katanya.

Alimuddin berkata pihak sekolah turut dimaklumkan bahawa tindakan penutupan sekolah hanya akan diambil sebagai pilihan terakhir dan ia adalah terletak di bawah kuasa Pengarah Jabatan Pelajaran negeri masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, jika keadaan memerlukan pihak sekolah boleh tidak membenarkan murid yang mempunyai simpton Influenza Like Illness (ILI) untuk tidak hadir ke sekolah atau mengasingkan mereka dengan diberikan perhatian khusus oleh pihak sekolah.

Alimuddin berkata sekolah hendaklah berfungsi seperti biasa dan penutupan hanya dibuat apabila sekolah atau kelas tidak berfungsi.

"Sekiranya pihak sekolah mendapati wabak berkenaan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, pihak sekolah boleh mendapatkan nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah masing-masing untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan