Agong Serah Watikah Pelantikan Kepada Anggota MAINPP

Diterbitkan: Khamis, 15 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan watikah pelantikan kepada anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Istana Negara di sini.

Pelantikan mereka adalah bagi sesi 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2011.

Seri Paduka menyampaikan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua MAINPP Ellias Zakaria, Timbalannya Mohd Salleh Man, Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Faiza Zulkifli, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Farizan Darus, Mufti Negeri Datuk Hassan Ahmad dan Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob.

Turut menerima watikah daripada Tuanku Mizan ialah Abdul Aziz Che Yaacob, Abdul Malik Abul Kassim, MD. Hashim Yahaya, Dr Danial Zainal Abidin, Maktar Shapee, Rosidi Hussain, Zainuddin Hanif dan Norhayati Jaafar.

Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Setiausaha MAINPP Sazali Hussein hadir menyaksikan majlis itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan