7 Cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan PDRM Tidak Dilaksana

Diterbitkan: Khamis, 15 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tujuh daripada 125 cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya kerajaan mempunyai alasan dan sebab tertentu untuk tidak melaksanakan cadangan tersebut.

"Pertama, cadangan pengwujudan dan pelaksanaan Kod Etika yang sesuai. Kod Etika sedia ada dikekalkan kerana ia merangkumi aspek nilai murni sejagat, moral dan prinsip profesional PDRM.

"Kedua, cadangan peralihan daripada paradigma "Pasukan" kepada paradigma "Perkhidmatan". Perkataan pasukan perlu dikekalkan kerana ia menggambarkan PDRM sebagai satu agensi penguatkuasa yang mempunyai pelbagai peranan yang mana prinsip dan autoriti adalah wujud," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang meminta supaya Menteri Dalam Negeri menyatakan tahap kecapaian dan alasan untuk tidak melaksanakan cadangan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.

Hishammuddin berkata, cadangan ketiga yang tidak dapat dilaksanakan ialah pembentukan satu mekanisme penyemakan bebas yang telah diperjelaskan di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP).

"RUU SIAP telah diluluskan semasa persidangan Dewan Negara yang berlangsung dari 6 hingga 14 Julai 2009 yang lalu," katanya.

Sidang dewan juga diberitahu, cadangan keempat iaitu menjadikan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) sebagai perundangan subsidiari di bawah Akta Polis 1997 tidak dapat dilaksanakan kerana PTKPN adalah prosedur tatacara dan teknik perisikan pelaksanaan tugas rahsia PDRM.

"Seterusnya yang kelima, pindaan terhadap undang-undang, peraturan dan prosedur kerja. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 bukanlah di bawah bidang kuasa PDRM," katanya.

Cadangan Suruhanjaya bagi meningkatkan akauntabiliti cawangan khas juga katanya, tidak dapat dilaksanakan berikutan tahap akauntabiliti cawangan khas negara ini adalah selaras dengan negara lain.

"Cadangan ketujuh ialah mengadakan dua jawatan Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN). Cadangan ini telah diganti dengan mewujudkan tiga jawatan Penolong TKP Nyang kini dalam peringkat pelaksanaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan