Zaid Ibrahim Calon PKR Di Hulu Selangor

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Zaid Ibrahim

HULU SELANGOR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diumum sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah malam tadi.

Anwar berkata pemilihan Zaid dibuat sebulat suara oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

“Apa istimewanya Zaid, dalam sejarah politik negara kita berapa menteri yang sanggup berhenti kerana hendak pertahankan hak rakyat.

“Zaid kata kepada saya jika dia dipilih dia kerja, jika tidak dipilih juga dia sedia berkempen, itu janji dia kepada saya sebab itu kita letakkan dia sebagai calon,” katanya.

Kira-kira 2,000 penyokong PR hadir pada majlis pengumuman calon PKR tersebut.

Sementara itu Zaid berkata beliau amat terharu kerana diberikan kepercayaan untuk menjadi calon Pakatan Rakyar (PR) biarpun baru menyertai parti itu.

“Saya menerima tawaran ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan bahawa beban yang perlu dipikul oleh pimpinan PR yang lain.

“Saya berdoa supaya saya juga turut sama diberi kekuatan untuk sama-sama memikul beban ini,” katanya.

Zaid berkata, beliau bukan orang luar di Selangor kerana beliau telah bermastautin sejak sekian lama.

“Saya tahu apa masalah di Selangor, saya tahu apa masalah orang miskin. Insya-Allah dengan pertolongan anda semua saya boleh menjadi suara rakyat di sini,” katanya.

Turut hadir termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin. Selain itu Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Glaw; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution; Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Zaid yang merupakan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menang selepas berjaya merampas kerusi itu dikuasai PAS selama 12 tahun dan setahun di bawah PKR.

Pernah menerajui firma guaman terbesar di Malaysia, Zaid Ibrahim & Co (ZICO).

Beliau dilantik sebagai anggota Kabinet atas kapasiti sebagai senator oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU Mac 2008.

Bagaimanapun pada 15 September tahun 2008 Zaid bertindak meletakkan jawatannya dalam Kabinet selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan penahanan tiga individu termasuk seorang wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum itu.

Beliau selepas itu mencetuskan kontroversi dalam Umno selepas dilihat secara terbuka menghadiri majlis parti pembangkang dan akhirnya dipecat daripada Umno pada 2 Disember kerana membuat tindakan yang bertentangan dengan etika parti.

Zaid kemudiannya membuat satu lagi keputusan mengejutkan apabila menyertai PKR pada Jun 2009.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan