Tajuddin Minta Keputusan Speaker Disemak Semula

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) hari ini meminta supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyemak semula keputusan beliau memberi amaran keras kepadanya supaya tidak lagi mengganggu M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

Tajuddin berkata beliau tidak berpuas hati terhadap keputusan Pandikar Amin semalam berkenaan kes dakwaan Kulasegaran terhadap beliau yang dikatakan membuat ancaman pukul.

"Keputusan Yang Dipertua mempunyai kesan serius kepada saya dan pengundi yang saya wakili. Saya nak tahu apa dia kesalahan saya sehingga Yang Dipertua membuat keputusan memberi hukuman amaran keras," katanya ketika bangun untuk meminta penjelasan selepas sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tajuddin berkata beliau tidak berniat mahu mempertikaikan ataupun menghina keputusan Pandikar Amin selaki Yang Dipertua dewan tetapi mahukan penjelasan dan meminta keputusan itu ditarik balik.

Timbalan Yang Dipertua Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mempengerusikan persidangan ketika itu berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Tajuddin bagi mengetahui terlebih dahulu latar belakang kes yang berlaku.

Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa Tajuddin mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana Anggota Parlimen DAP itu dituduh mencemarkan nama beliau.

Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan tindakan Kulasegaran menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan