Sebuah Sekolah Di Pasir Puteh Ditutup Akibat H1N1

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ismail di Pasir Puteh ditutup mulai semalam sehingga 17 April ini sebagai langkah pencegahan selepas seorang pelajarnya disahkan positif Influenza A (H1N1).

Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, langkah itu dilaksana atas arahan Jabatan Kesihatan negeri.

Selain itu, 42 pelajar termasuk empat orang yang tinggal di asrama sekolah berkenaan dikuarantin bermula semalam sehingga hari ini selepas mereka menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan, katanya kepada pemberita di sini.

"Pelajar-pelajar berkenaan mula menunjukkan tanda demam dan batuk sejak beberapa hari lalu dan semalam pihak kesihatan melakukan pemeriksaan terhadap pelajar ini," katanya.

Hussain berkata, sehingga kini hanya pelajar di sekolah itu sahaja yang dilaporkan dijangkiti virus tersebut bagi daerah Pasir Puteh.

Sebagai langkah pencegahan, beliau turut mengingatkan ibu bapa agar lebih peka dengan keadaan kesihatan anak masing-masing dan bertindak segera jika anak mereka tidak sihat atau mempunyai simptom jangkitan influenza.

"Bagi pelajar-pelajar yang diarahkan pulang mereka diingatkan supaya tidak berada dalam khalayak ramai dan mengikuti nasihat supaya berada di rumah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan