Rokok Seludup Bernilai Lebih RM1 Juta Dirampas Sejak Awal Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dalam tempoh Januari hingga 1 April tahun ini, Kastam Terengganu berjaya merampas lebih 2 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM1 juta termasuk cukai.

Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, angka itu menunjukkan kegiatan penyeludupan rokok di negeri tersebut adalah serius sekalipun pelbagai usaha dibuat untuk membanterasnya.

"Ianya melibatkan 36 kes dengan jumlah rampasan sebanyak 2,330,998 batang rokok bernilai RM238,978,00 dan nilai cukai sebanyak RM1,126,807.36," katanya kepada pemberita selepas pelupusan rokok seludup, di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 15 kes kini dalam proses dihadapkan ke mahkamah manakala bakinya telah dikenakan kompaun.

Azis berkata, dalam tempoh Januari tahun lepas sehingga Februari tahun ini pula Kastam Terengganu berjaya merampas 7.6 tan rokok seludup dengan nilai lebih RM3 juta termasuk cukai.

Mengenai pelupusan hari ini, Azis berkata, lebih lima juta batang rokok bernilai RM667,041.62 dimusnahkan setelah mendapat perintah mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan