Pengamal Perubatan Diminta Buat Pemeriksaan Rapi Kesan Denggi

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pegawai perubatan di semua hospital dan klinik di negara ini diminta melakukan pemeriksaan teliti ke atas pesakit yang mempunyai simptom demam denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini kerana kehadiran virus yang menyebabkan demam denggi kini sukar dikesan khususnya pada kalangan doktor yang tidak pakar.

"Virus sekarang sangat bijak. Kehadirannya tidak lagi seperti kelaziman. Kalau doktor itu bukan pakar beliau mungkin terlepas pandang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata penularan demam denggi di negara ini dipandang serius oleh kementerian itu sekarang memandangkan jumlah kematian yang meningkat berbanding tahun lalu.

Untuk itu kata Dr Mohd Ismail, kementerian akan merangka strategi baru bagi menguruskan pesakit yang dijangkiti demam denggi agar kes kematian dapat dikurangkan.

Diminta mengulas laporan media mengenai aduan pesakit Influenza A (H1N1) yang mendakwa gagal mendapat nasihat yang betul ketika mendapatkan rawatan, Dr Mohd Ismail berkata pihaknya telah mengeluarkan ingatan kepada pengamal perubatan agar berbuat demikian.

"Kita telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai H1N1 yang pertama untuk tahun ini semalam, dan dalam mesyuarat itu juga kita turut memberi peringatan kepada pengamal perubatan supaya memberi nasihat yang betul kepada orang ramai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan