Pemuda BN Cari Pendekatan Baru Tangani Isu Buang Bayi

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) sedang mencari pendekatan baru bagi menangani isu pembuangan bayi menerusi program Makmal Pemuda BN, kata Pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Katanya kajian makmal itu yang akan berakhir pada bulan Jun ini, terbahagi kepada empat bahagian kajian iaitu mengenai demokrasi dan perpaduan, kos sara hidup dan pekerjaan manakala isu pembuangan bayi pula termasuk di dalam bahagian pendidikan.

"Saya percaya isu pembuangan bayi ini adalah isu bersama dan saya harap kita jangan tutup minda apabila diberi pendekatan-pendekatan tertentu.

"Masyarakat harus sedar bahawa isu buang bayi timbul disebabkan pasangan masih belum bersedia ... ini kerana perkara itu jarang berlaku kepada ibu yang sudah berkahwin," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia di Bernama TV di sini malam tadi.

Menurutnya, petugas makmal itu terdiri daripada 30 anak muda yang dipilih secara rawak terdiri daripada pelbagai golongan dan taraf hidup dan tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti.

"Kita akan bincang dalam "BN Youth Lab" (Makmal Pemuda BN) apa pendekatan kita ... tapi saya rasa isu ini berbalik kepada bahagian pendidikan, dengan itu kita nak pastikan bahawa pendedahan diberi kepada anak-anak muda supaya dapat mengelakkan kejadian sebegini daripada terus berlaku," katanya.

Khairy berkata ada pendapat yang mengatakan bahawa pengajaran mengenai kesihatan reproduktif hanya memberi pendedahan yang boleh menggalakkan anak-anak untuk mencuba sesuatu yang berunsur seks tetapi masyarakat harus terima hakikat bahawa perkara tersebut sedang berlaku.

Dengan itu, katanya pendidikan reproduktif itu perlu bagi memberi pemahaman kepada anak muda bukan sekadar pendedahan dari sudut saintifik dan biologi tetapi perlu juga dilihat dari sudut agama dan nilai ketimuran.

Menurut beliau, semua pihak perlu lebih teliti dan prihatin terhadap anak-anak muda di sekeliling mereka.

"Ini adalah isu masyarakat, bukan senang untuk menyembunyikan perubahan kepada masyarakat apabila seseorang itu hamil, terutamanya selepas mencapai tempoh enam bulan kehamilan.

"Jadi guru, ibu bapa dan masyarakat sepatutnya lebih teliti dengan anak-anak muda di sekeliling mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan