Noh Yakin Calon BN Ada Kelebihan Sebagai Anak Tempatan

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Walaupun calon Barisan Nasional (BN) hanya akan diketahui esok, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar percaya faktor anak tempatan akan memberikan kelebihan kepada BN yang menjadi pembangkang di Selangor.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, ini kerana calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, adalah orang luar walaupun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bermaustatin lebih 30 tahun di negeri ini.

"Saya percaya pengundi boleh nilai calon dipilih PKR itu," kata Noh ketika mengulas mengenai pemilihan Zaid sebagai calon PKR selepas beliau meninjau kerja-kerja membaikpulih bumbung pangsapuri kos rendah Seri Rose 2 di Bukit Sentosa di sini hari ini.

Zaid yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan, diumum sebagai calon PKR pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Noh berkata, pemilihan Zaid itu menggambarkan parti lawan BN itu masih menganggap sentimen pengundi sama seperti pilihan raya umum Mac 2008 sedangkan rakyat mula membuka mata dengan janji-janji manis yang gagal ditunaikan pakatan PAS-DAP-PKR di negeri ini.

Beliau juga menyifatkan Zaid sebagai pemimpin yang ditolak daripada Umno.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon BN adalah anak tempatan seperti yang dimahukan rakyat di Hulu Selangor yang terpaksa memilih wakil rakyat baru ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan