MIC Buka 73 Bilik Operasi Di Hulu Selangor - Berita Semasa | mStar

MIC Buka 73 Bilik Operasi Di Hulu Selangor

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: MIC telah membuka 73 bilik operasi untuk menghadapi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini, kata Naib Presiden parti, Datuk Dr S.Subramaniam semalam.

Beliau berkata, bilik operasi yang ditempatkan di setiap cawangan MIC di bahagian Hulu Selangor itu dijangka dirasmikan selepas penamaan calon Sabtu ini.

"Jentera pilihan raya MIC kini giat mengenal pasti pengundi-pengundi India berdaftar di kawasan Parlimen Hulu Selangor," katanya kepada selepas melawat rumah pengundi India di Kampung Koskan, Sungai Choh, dekat sini semalam.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, dari Parti Keadilan Rakyat akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, setiap pemimpin MIC akan bertanggungjawab untuk memantau peti undi yang mempunyai sejumlah pengundi India yang signifikan dan beliau akan memantau peti undi Taman Bukit Teratai.

Ditanya mengenai lawatannya hari ini, Subramaniam berkata, terdapat pengundi atas pagar di beberapa buah rumah di kampung itu yang masih belum memutuskan siapa yang akan dipilih pada hari pengundian nanti.

"Kita akan kembali dan memberi tumpuan kepada pengundi di rumah-rumah tersebut," katanya dan menambah lebih 4,000 anggota MIC di Bahagian Hulu Selangor adalah pengundi berdaftar. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan