MCA Perak Kumpul Maklumat Untuk Bincang Dengan MB

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Badan Perhubungan MCA Perak akan mengumpulkan maklumat berhubung pelbagai isu tempatan dan pembangunan negeri sebelum mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya semua isu itu dapat diperjelaskan supaya tidak dijadikan sebagai alat untuk kepentingan politik pembangkang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Perak berkata, semua isu itu akan dimuatkan dalam satu memorandum dan ia akan dibincangkan dengan Zambry dalam pertemuan yang akan ditetapkan kelak.

"MCA Perak akan menyediakan memorandum yang akan dibincangkan bersama-sama Menteri Besar. Antara isu yang dikenal pasti setakat ini ialah berkenaan sekolah aliran Cina dan sekolah menengah persendirian Cina, tapak rumah berhala, masalah setinggan, peruntukan yang terhad serta isu kampung baru yang yang melibatkan bayaran premium dan diskaun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan itu buat pertama kali setelah memegang jawatan sebagai pengerusi, dan mesyuarat berlangsung selama kira-kira dua jam.

Katanya, pada masa sekarang, terdapat kesedaran di kalangan anggota MCA untuk meningkatkan perkhidmatan dan kegiatan supaya dapat mendampingi dengan lebih rapat anggota di akar umbi.

Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Dr Chua berkata, beliau mendapat khabar bahawa parti pembangkang sengaja mendakwa kononnya MCA tidak menyokong calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih oleh pucuk pimpinan.

"Ini adalah satu pembohongan, atas semangat setia kawan, sejak mengetahui pilihan raya itu akan diadakan, MCA bertungkus lumus memastikan calon berkenaan menang. Kami akan menyokong sesiapa sahaja calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan BN," katanya.

"MCA sudah menjadi anggota penting dalam BN semenjak ia ditubuhkan dan tidak ada sebab bagi kami (MCA) tidak menyokong calon BN," tambahnya.

Beliau seterusnya mengumumkan perlantikan Datuk Seri Ong Ka Chuan yang merupakan Ahli Parlimen Tanjung Malim untuk menjaga peti-peti undi yang berada berhampiran kawasannya.

Selain itu Dr Chua turut mengumumkan pelantikan Ong dan Datuk Loke Yuen Yow sebagai Penasihat MCA Perak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan