Koh Ulangi Fungsi Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini mengulangi bahawa fungsi Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama adalah untuk mempromosikan keharmonian dan persefahaman antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu tidak menjejaskan status agama masing-masing seperti diperuntukan di bawah Perlembagaan.

"Status jawatankuasa itu dibuat dengan jelas sekali dan ia bukan seperti cadangan Suruhanjaya Antara Agama sebelum ini.

"Tetapi ianya adalah kaedah untuk menggalakkan dialog bagi mewujudkan persefahaman dan keharmonian yang lebih baik di kalangan pemimpin dan penganut agama di negara ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Koh berkata demikian ketika mengulas boikot oleh Majlis Perundingan Malaysia Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao hari ini, yang dilaporkan berikutan kontroversi kenyataann Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini menyelar laporan sebuah media baru yang cuba memperkecilkan peranan jawatankuasa itu dengan memetik kononnya beliau menyifatkan jawatankuasa itu sebagai "satu badan kecil saja, peranan sedikit, tidak ada kuasa" sedangkan beliau tidak langsung menyebut perkataan itu.

Koh berkata, beliau faham kenapa majlis perundingan itu amat dukacita dengan apa yang dilaporkan dalam media.

Katanya, isu-isu berkaitan Islam, seperti dipersetujui oleh Kabinet, akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kami benar-benar memahami peruntukan dalam Perlembagaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan