K'jaan Selangor Alu-Alukan Pembinaan Kampus UiTM Di Selangor

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, kerajaan negeri tidak akan menghalang Kerajaan Pusat daripada membina kampus baru Universiti Teknologi Mara di Serendah, dengan syarat ia dilakukan secara sewajarnya.

Kos yang akan ditanggung kerajaan pusat juga lebih rendah jika ia berunding sendiri dengan kerajaan negeri tentang pembelian tanah, bukan menggunakan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebagai ejen, kata beliau.

"Kalau tanah itu tanah negeri, negeri boleh memberinya. Kalau ia tanah persendirian sekalipun, negeri boleh mendapatkannya bagi pihak Kerajaan Pusat pada kos yang munasabah dan negeri tidak akan mengambil sebarang keuntungan daripadanya.

"Selepas itu, Kerajaan Pusat boleh keluarkan tender bagi pembinaan kampus berkenaan, yang lebih murah dan tidak perlu membayar komisen. Ejen juga tidak diperlukan. Semuanya begitu telus dan dilakukan dengan sewajarnya," kata Abdul Khalid kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ada pihak yang memperbesar-besarkan isu kegagalan YBK mendapatkan kelulusan kerajaan negeri bagi membina kampus baru UiTM di Serendah kerana mereka mungkin tidak mendapat komisen daripada projek itu.

Diminta mengulas tindakan sekumpulan anggota Parti Keadilan Rakyat meminta komisen daripada Talam Group dalam urusan penyusunan semula hutang kumpulan itu yang berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau hanya menerima maklumat tentang perkara itu daripada Pengarah bukan Eksekutif Talam, Tan Sri Tan Ah Chye selepas urusan penyusunan semula itu selesai dilaksanakan.

Kata Abdul Khalid, beliau akan membatalkan urusan penyusunan semula itu jika mengetahui tentang perkara tersebut terlebih awal, tetapi Chan memberitahunya yang beliau tidak membuat sebarang bayaran kepada kumpulan itu yang kini tidak lagi menjadi anggota PKR.

Ditanya sama ada laporan beraudit wakil rakyat yang dikeluarkan semalam mempunyai sebarang motif politik, Abdul Khalid berkata, perkara itu telah ditimbulkan sebelum kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, yang merintis jalan kepada pilihan raya kecil bagi kerusi berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan