Bekas Timbalan Pengerusi MIC Akan Bertanding Sebagai Calon Bebas

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, V. S. Chandran akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Chandran, 56, yang sedang digantung selama setahun oleh parti berkata, beliau sudah membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Saya telah tinggal di sini selama 54 tahun lepas. Saya amat arif dengan kawasan ini, penduduknya dan masalah di sini," kata ahli perniagaan itu yang digantung oleh parti tahun lalu selepas beliau mendedahkan masalah yang dihadapi bahagian itu kepada media.

Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian itu dari 2003 hingga 2009.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac akibat barah otak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR manakala Barisan Nasional dijangka mengumumkan calonnya esok.

Hari penamaan calon Sabtu ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan