SPRM Sedia Rakam Percakapan Balasubramaniam Di Kedutaan Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk merakam percakapan penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam di mana-mana pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara.

SPRM dalam kenyataannya di sini berkata, Balasubramaniam diminta memberikan keterangan kepada suruhanjaya itu bagi membolehkan siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu diselesaikan segera.

"Setakat ini, semua kenyataan dari saksi-saksi termasuk adik Perdana Menteri, Nazim Tun Razak telah diambil," menurut kenyataan itu hari ini.

Pada 3 Julai 2008, Balasubramaniam mengumumkan akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya tetapi keesokannya menarik balik kenyataan akuan sumpah awalnya itu melalui akuan sumpah kedua sebelum bertindak menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarganya.

Sehingga kini, siasatan SPRM terhadap penyiasat persendirian itu menjadi sukar kerana lokasi di mana beliau berada masih tidak diketahui.

"Kegagalan Balasubramaniam memberikan keterangan kepada SPRM akan menyebabkan siasatan kes terbabit tidak lengkap dan tidak dapat diselesaikan dengan segera," tambah kenyataan itu.

Sementara itu, SPRM juga meminta pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand supaya hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.

"Dr Pornthip perlu memberi keterangan pada tarikh yang telah ditetapkan bagi membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan segera untuk memberi keadilan kepada semua pihak termasuk keluarga Teoh dan SPRM.

Sebelum ini, Dr Pornthip mengatakan beliau tidak akan hadir memberi keterangan inkues Teoh yang akan bersambung 20 April ini kerana menerima 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Justeru itu, SPRM meminta supaya Dr Pornthip tidak perlu risau tentang keselamatannya kerana Kerajaan Malaysia termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan ke atas keselamatan sepanjang beliau hadir ke perbicaraan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan